Penulis

Lihat semua

Artikel oleh Peterson Amy

Gambaran Kasih

Saya dan anak-anak saya telah memulakan satu tabiat yang baru. Setiap malam sebelum tidur, saya mengumpulkan pensel warna dan menyalakan satu lilin. Sambil meminta Tuhan menerangi jalan kami, kami mengeluarkan diari kami dan menulis atau melukis jawapan kepada dua soalan: Adakah saya menunjukkan kasih kepada orang lain pada hari ini? Adakah saya tidak menunjukkan kasih pada hari ini?

Berkongsi Kasih Tuhan

Suami saya bertolak untuk perjalanan selama sebulan, dan saya diselubungi dengan keperluan pekerjaan saya, rumah serta anak-anak kami. Tarikh akhir penulisan mendekat. Mesin pemotong rumput rosak. Anak-anak saya sedang dalam cuti persekolahan dan mula berasa bosan. Bagaimanakah saya mampu menghadapi semua perkara ini bersendirian?

Sebelum Permulaan

“Jika Tuhan tidak ada permulaan, tiada pengakhiran, dan selalu wujud, apakah yang dilakukan-Nya sebelum Dia menciptakan kita? Bagaimanakah Dia meluangkan masa-Nya?” Terdapat kanak-kanak di Sekolah Minggu yang cepat matang dan selalu bertanyakan soalan ini apabila kami bercakap tentang sifat Tuhan yang kekal. Pada masa dahulu, saya memberi respons bahawa ini merupakan suatu misteri. Tetapi kebelakangan ini saya belajar bahawa Alkitab ada jawapan untuk soalan ini.

Via Dolorosa

Semasa Minggu Suci, kita memperingati hari-hari terakhir sebelum Yesus disalibkan. Jalan yang dilalui oleh Yesus sepanjang jalan di Yerusalem ke tempat Dia disalibkan dikenali sebagai Via Dolorosa pada hari ini, yang bermaksud jalan penderitaan.

Batu-Batu Peringatan

Ada beberapa kali pada waktu pagi ketika saya berada dalam talian, Facebook menunjukkan saya “kenangan “—kejadian-kejadian yang telah saya kirimkan pada tahun-tahun sebelumnya. Kenangan-kenangan tersebut adalah seperti gambar perkahwinan abang saya, ataupun video anak perempuan saya yang sedang bermain dengan nenek saya, semua ini selalunya membuat saya tersenyum. Akan tetapi ada kalanya kenangan-kenangan tersebut membawa kesan emosi yang sangat mendalam. Ketika saya melihat nota mengenai lawatan saya ke hospital untuk saudara ipar saya semasa dia menjalani kemoterapi, atau gambar kokot pada kulit kepala ibu saya selepas dia menjalani pembedahan otak pada tiga tahun lalu, saya diingatkan akan kesetiaan Tuhan semasa dalam keadaan sukar. Kenangan Facebook ini menggerakkan saya untuk berdoa dan bersyukur.

Harapan dalam Kegelapan

Reginald Fessenden sudah berusaha beberapa tahun untuk merealisasikan komunikasi radio tanpa wayar. Ahli-ahli sains lain berkata bahawa ideanya adalah tidak orthodoks dan aneh, serta meragui dia akan berjaya. Tetapi dia mengumumkan bahawa pada 24 Disember 1906, dia akan menjadi orang pertama yang menyiarkan muzik melalui radio.

Fikirkan Tuhan

“Tuhan bagai kelopak mata saya,” kata kawan saya Ryley dan saya berkelip kerana terkejut. Apakah maksudnya?

Beban dalam Menunggu

Sejak beberapa tahun yang lalu, dua orang ahli keluarga saya telah menghidapi penyakit kronik. Bagi saya, perkara yang paling sukar adalah mengalami ketidakpastian ketika menemani mereka melalui proses rawatan. Saya selalu menginginkan kenyataan pasti daripada doktor, tetapi perkara sebegini sering kali tidak mempunyai jawapan jelas. Kita sering dipanggil untuk menunggu, dan tidak diberikan sebab yang jelas dan pasti.

Ditinggalkan Demi Kita

Adakah kesakitan lebih mudah ditanggung jika kita ditemani seorang kawan? Para pengkaji di Universiti Virginia menjalankan kajian yang menarik untuk menjawab soalan itu. Mereka mahu melihat bagaimana otak bertindak balas terhadap prospek kesakitan, dan sama ada ia bertindak secara berbeza jika seseorang menghadapi kesakitan seorang diri, memegang tangan orang yang tidak dikenali, ataupun memegang tangan kawan rapatnya.